9 Mei 2023 - Pusat ALAM Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 pada 9hb Mei 2023 bersamaan 18 Syawal 1444H bertempat di Pejabat Pusat ALAM UMP Gambang. Sambutan Aidilfitri disambut meriah dengan kehadiran para tetamu jemputan dan pelbagai menu hari raya untuk dinikmati semua. Sambutan ini bertujuan untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturahim sempena Aidilfitri.
15 Mac 2023, Istanbul Technical University (ITU) - Pusat ALAM UMP bersama Istanbul Technical University (ITU) menganjurkan seminar nadir bumi, di mana Pusat ALAM UMP membentangkan 3 kertas kerja disamping 1 kertas kerja daripada Pusat Teknousahawan Emas, Nadir Bumi dan Bahan (GREAT) UMK dan 6 kertas kerja dari ITU, Naten Tenmak (agensi penyelidikan nadir bumi negara Turkiye), dan syarikat swasta Tubitak MAM. Pusat ALAM UMP dihadiri oleh Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Yusri Mohd Yunus, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham Abd Aziz, Felo Perunding Utama, Prof. Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Felo Penyelidik Utama, En Mohd Hashim Mohd Saad, Pegawai Penyelidik. Manakala GREAT UMK diwakili oleh Prof. Madya ChM Ts Dr Abdul Hafidz Yusoff, Pengarah Pengurusan Penyelidikan. Objektif seminar adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan dalam isu pemprosesan nadir bumi, kitarsemula (circular economy), kelestarian dan perlombongan bertanggungjawab. Pusat ALAM UMP dan ITU akan mengadakan kerjasama dalam bidang penyelidikan nadir bumi melalui MOU yang dirancang untuk dimeterai dalam masa terdekat.
Source : Faculty of Chemical and Metallurgical Engineering ITU